Malaysian Turtle Info: February 2008

Wednesday, February 20, 2008

20 Feb 2008 -Bota Kanan, Perak

20 Feb 2008
Pusat Konservasi PERHILITAN Bota Kanan, Perak

Bagi projek kali ini, sebanyak 102 tuntung telah di masukkan microchip. Daripada jumlah itu, sebanyak 95 adalah tuntung dewasa (10 hingga 15 tahun) dan bakinya 7 ekor adalah daripada tuntung anak yang berumur 3 hingga 4 tahun.

Sebanyak 50 ekor tuntung anak (3 hingga 4 thn ) daripada 141 ekor yang telah dichipkan telah dilepaskan ke Sg. Perak. Tuntung ini adalah tuntung yang telah dicipkan pada 10 Oktober 2007.

Dua orang pelajar (UNISEL), Logos dan Rajah, mengambil bahagian dalam aktiviti kali ini. Mereka merupakan pelajar yang menjalankan kerja praktikal di pusat ini selama 3 bulan.

Perjumpaan dengan abg chak banyak memberi inpt yang menarik mengenai tuntung. Abg chak merupakan penyelidik yang berkhidmat dengan Jabatan PERHILITAN, yang mana dia menjalankan kajian mengenai kadar kematian (mortility ) dan kesuburan tuntung yang ada di Bota Kanan, Perak dan Bukit Pinang, Kedah.

Daripada jumlah keseluruhan tuntung yang ada di sini, banyak daripada telur yang dieram tidak berjaya ditetaskan (fertelize) disebabkan beberapa faktor. Antaranya, cara pengendalian telur itu sendiri semasa ini dipindahkan daripada sarang asal ke tapak eraman, faktor genetik, suhu, kesesuaian pasir dan gangguan persekitaran.